
BESUT - SMKA Nurul Ittifaq, Kuala Besut muncul antara sekolah terbaik di Terengganu dalam melahirkan keputusan STPM tahun lalu apabila salah seorang daripada pelajarnya memperolehi 5A manakala tiga orang 3A, 1B daripada 41 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu.
Pelajar terbaiknya Nor Syamimi Mohd , 20 merupakan salah seorang daripada lima pelajar terbaik negeri Terengganu yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun lalu.
Berkat rajin bertanya dengan guru dan belajar secara berkumpulan menjadi rahsia kejayaan pelajar kejayaan Nor Syamimi Mohd, 20, yang menjadi kebanggaan kepada sekolahnya .
“Namun saya bersyukur kerana kejayaan ini berkat belajar bersungguh-sungguh, belajar berkumpulan, berbincang sesama pelajar, rajin bertanya guru di samping usaha dan tunjuk ajar semua guru yang tidak pernah mengenal putus asa yang diiringi doa ibu dan bapa saya,” kata Syamimi ketika ditemui portal ppdbesut.net baru-baru ini.
Anak kedua daripada tujuh adik beradik ini bercita-cita menjadi pesyarah menetap di Kampung Seberang Limbongan dekat Kampung Raja. Ibunya bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Permaisuri Nur Zahirah, Siti Khalijah Mohd Yusof, 48 manakala bapanya Mohd Mat Saman, 49, kakitangan Pejabat Hutan Daerah Besut.
Nor Syamimi menunjukkan prestasi cemerlang sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 7A, 2B dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), dan 7A, 5B Sijil Pelajaran Malasyia (SPM).
Turut berkongsi kejayaan beliau ialah ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sekolahnya dalam satu majlis yang diadakan di sekolah itu dekat Kuala Besut, di sini, semalam.
Sebanyak lapan buah sekolah lagi di daerah ini menerima keputusan STPM semalam, salah sebuah lagi menunjukkan prestasi cemerlang ialah Sekolah Menengah Tengku Mahmud apabila mencatatkan peningkatan bilangan semua A dalam empat matapelajaran iaitu seramai lima orang berbanding seorang pada tahun sebelumnya.
Thursday, October 22, 2009
SMKA NURUL ITTIFAQ MUNCUL SEKOLAH TERBAIK STPM
Posted by ainie at 2:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment