Selang beberapa hari lagi seluruh anak-anak sekolah akan bercuti untuk selama seminggu lebih. Ini akan memberi banyak peluang kepada anak-anak ini untuk menjalankan aktiviti luar rumah bersama rakan-rakan sebaya mereka. Ini sekali gus akan meningkatkan jati diri anak-anak ini agar tidak terkongkong dengan lingkungan akademik semata-mata. Ramai ahli psikologi yang bersetuju bahawa aktiviti sebegini akan membuatkan perkembangan psikologi anak-anak meningkat.
Melalui pendedahan sebegini anak-anak akan berpeluang menghargai alam sekeliling mereka dengan cara yang mereka sendiri lebih senang menghargainya. Sebagai orang dewasa, sekeping daun itu tidak mempunyai makna.
Namun begitu bagi anak-anak yang baru mengenali alam ini akan lebih berasa tertarik dengan sekeping daun tersebut. Asal mulanya hanyalah daripada sekeping daun yang tidak berharga, tetapi jika dikaitkan dengan proses fotosintesis; mungkin anak ini akan menjadi ahli biologi teragung.
Penulis sendiri tertarik untuk menjadi ahli psikologi setelah `bermain' dengan seekor siput sewaktu kecil dahulu. Kebetulan siput babi kedapatan dengan mudah. Penulis mengambil seekor dan meletakkannya di dalam tin susu bayi kosong. Penulis menutupnya, tetapi memberi sedikit ruang kecil dan dibiarkan semalaman. Alangkah terkejutnya penulis, siput tadi telah pun keluar dan kedapatan jaluran lendiran yang telah kering keluar dari tin dan menuju ke tumbuhan berhampiran.
Mungkin pemerhatian ini mudah. Namun ada persoalan saintifik yang penulis sendiri teruja sehingga sekarang. Bagaimanakah si siput yang kecil tadi boleh mengawal hala tujunya. Sedangkan, kelajuannya adalah sangat terhad. Sungguh pelik, mengapa siput itu boleh mencari jalan dengan tepat. Adakah disebabkan oleh sesungutnya, atau disebabkan oleh pengaruh biokimia tertentu?
Pada fikiran penulis, siput itu tidak menggunakan pengesanan haba seperti peluru berpandu. Mungkinkah dari siput ini akan tercipta senjata yang amat digeruni dengan pengesanan biokimia.
Penulis terbayang Nabi Muhammad pernah berpesan bahawa orang Yahudi mencari perlindungan dari sejenis pokok. Mungkinkah sistem pengesanan alah dengan pokok tersebut dan tidak dapat mengesannya.
Pengesanan biokimia adalah lebih canggih daripada pengesanan haba, gegaran, tekanan dan gerakan. Ada sejenis rama-rama yang boleh mengesan bau meskipun bau tersebut dari beberapa molekul sahaja.
Meskipun begitu, penulis juga ingin berpesan kepada semua ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka. Ini kerana penulis dapati jika tiba musim cuti sekolah maka berita tentang budak lemas akan meningkat. Tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar, kebarangkalian itu adalah sama.
Atau bukankah inilah masanya untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak. Pada masa yang sama juga kita akan lebih menghargai jasa guru, sekurang-kurangnya keselamatan anak kita terjamin.
Sunday, November 9, 2008
Makna baru cuti sekolah
Posted by ainie at 6:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment