BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 19, 2008

SesEoraNg DaN WaRnA

Photobucket


UNGU
Seorang murah hati, Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah. Penuh inisiatif, Pandai tetapi tidak emosi, Dingin dan kehendaknya meluap-luap, Jarang berjaya.

HITAM
Seseorang yang suka warna hitam adalah: Seorang yang suka bermurung, Prihatin, Kuat menghadapi petaka apa sahaja, Tidak mudah terpengaruh, Setia , Hatinya baik dan cepat tersinggung.


BIRU MUDA
Seseorang yang suka warna biru muda adalah: Seorang yang suka merendahkan diri, Suka mengalah, Suka berkorban peranan, Cerdas, Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Seseorang yang suka warna kelabu adalah: Seorang yang suka sekali mengelamun, Romantis, Sabar, Tenang tetapi hatinya suka mengembara, Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Seseorang yang suka warna merah adalah: Seorang yang berwatak berani, Emosional dan tegas, Tamak serta serakah, Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah: Seorang yang setia , Senang pegang wang, Kuat kemahuan, Berterus terang dan jujur, Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Seseorang yang suka warna kuning adalah: Seorang yang amat menyukai ilmu, Gemar membaca, Tekun dan cerdas, Tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Seseorang yang suka warna putih adalah: Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih, Fikirannya tidak banyak prasangka, Berkata benar, jujur dan rendah hati, Ramah dan bersopan-santun, Kuat menerima ilmu, Damai dan berubah alam fikirannya, Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Seseorang yang suka warna coklat adalah:Suka merendah diri, Sopan dan halus budi, Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Seseorang yang suka warna hijau adalah: Seorang yang subur dan damai, Cintakan kebahagian, Tidak suka perang, Patuh pada agama, Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot।


*Penyataan di atas hanya la sekadar suke2 je…।

Tuesday, November 18, 2008

....HIdUP Ini TAk SEinDAh YAnG DisaNGkA....

rama rama Pictures, Images and Photos



"1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupunhanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa iaakan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalamkehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak sepertisutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yangtingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Danhati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akanberkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang MahaBerkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusiaitu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit danrendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mataterbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapatberteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanyalayak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itukadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semuaakan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebiskegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlahuntuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yangdiimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yangsetia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membacakerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa keranatertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal keranaberamal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda keranabersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yangmengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya denganiman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; LidahnyaSelalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat BerbandingDunia. 36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jikakebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah muliadan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapikata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala bolehmenjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah mengujiketeguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :Kepada kawan - KesetiaanKepada musuh - KemaafanKepada ketua - KhidmatKepada yang muda - Contoh terbaikKepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanKepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosimerupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidupseperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Makaberlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yangmenentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yangditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat ygtelah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda ygdiwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjamandan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akanmenjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinyasendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkanorang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnyakita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapikita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apayang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjaditerhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yangberkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semulake pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambutkesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datangdari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidakmelakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasamelakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

AndA SEoraNg DewaSA ...??

Photobucket

Anda tentunya dewasa dan matang bila :

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita

Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur

...Cube TeKa SiaPe SaYe..???


































































Saturday, November 15, 2008

……..Hadis nabi untukmu wanita……..

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Sunday, November 9, 2008

Makna baru cuti sekolah

Selang beberapa hari lagi seluruh anak-anak sekolah akan bercuti untuk selama seminggu lebih. Ini akan memberi banyak peluang kepada anak-anak ini untuk menjalankan aktiviti luar rumah bersama rakan-rakan sebaya mereka. Ini sekali gus akan meningkatkan jati diri anak-anak ini agar tidak terkongkong dengan lingkungan akademik semata-mata. Ramai ahli psikologi yang bersetuju bahawa aktiviti sebegini akan membuatkan perkembangan psikologi anak-anak meningkat.

Melalui pendedahan sebegini anak-anak akan berpeluang menghargai alam sekeliling mereka dengan cara yang mereka sendiri lebih senang menghargainya. Sebagai orang dewasa, sekeping daun itu tidak mempunyai makna.

Namun begitu bagi anak-anak yang baru mengenali alam ini akan lebih berasa tertarik dengan sekeping daun tersebut. Asal mulanya hanyalah daripada sekeping daun yang tidak berharga, tetapi jika dikaitkan dengan proses fotosintesis; mungkin anak ini akan menjadi ahli biologi teragung.

Penulis sendiri tertarik untuk menjadi ahli psikologi setelah `bermain' dengan seekor siput sewaktu kecil dahulu. Kebetulan siput babi kedapatan dengan mudah. Penulis mengambil seekor dan meletakkannya di dalam tin susu bayi kosong. Penulis menutupnya, tetapi memberi sedikit ruang kecil dan dibiarkan semalaman. Alangkah terkejutnya penulis, siput tadi telah pun keluar dan kedapatan jaluran lendiran yang telah kering keluar dari tin dan menuju ke tumbuhan berhampiran.

Mungkin pemerhatian ini mudah. Namun ada persoalan saintifik yang penulis sendiri teruja sehingga sekarang. Bagaimanakah si siput yang kecil tadi boleh mengawal hala tujunya. Sedangkan, kelajuannya adalah sangat terhad. Sungguh pelik, mengapa siput itu boleh mencari jalan dengan tepat. Adakah disebabkan oleh sesungutnya, atau disebabkan oleh pengaruh biokimia tertentu?

Pada fikiran penulis, siput itu tidak menggunakan pengesanan haba seperti peluru berpandu. Mungkinkah dari siput ini akan tercipta senjata yang amat digeruni dengan pengesanan biokimia.

Penulis terbayang Nabi Muhammad pernah berpesan bahawa orang Yahudi mencari perlindungan dari sejenis pokok. Mungkinkah sistem pengesanan alah dengan pokok tersebut dan tidak dapat mengesannya.

Pengesanan biokimia adalah lebih canggih daripada pengesanan haba, gegaran, tekanan dan gerakan. Ada sejenis rama-rama yang boleh mengesan bau meskipun bau tersebut dari beberapa molekul sahaja.

Meskipun begitu, penulis juga ingin berpesan kepada semua ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka. Ini kerana penulis dapati jika tiba musim cuti sekolah maka berita tentang budak lemas akan meningkat. Tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar, kebarangkalian itu adalah sama.

Atau bukankah inilah masanya untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak. Pada masa yang sama juga kita akan lebih menghargai jasa guru, sekurang-kurangnya keselamatan anak kita terjamin.